Hadis Sahih Muslim No. 0093 Jilid 1 Topik adalah Iman 93. Dari Jabir r.a., katanya: "Thufail bin 'Amar Ad Dausi datang kepada Nabi saw., lalu katanya: "Berkenankah Anda tinggal di benteng kami yang kuat tangguh, iaitu benteng suku Dausi masa Jahiliyah" Rasulullah saw. tidak berkenan memenuhi permintaan itu, kerana beliau yakin terhadap ketangguhan yang telah ditanamkan Allah di hati kaum Ansar di Madinah. Ketika Rasulullah saw. hijrah ke Madinah, Thufail bin 'Amar ikut pula hijrah. Dia membawa serta seorang laki-laki warganya. Tetapi hawa Madinah tidak cocok bagi mereka, sehingga teman Thufail sakit dan tak sabar menahan derita itu. Kerana itu diambilnya senjatanya, lalu dipotongnya tangannya sehingga darah mengucur dengan derasnya dan menyebabkan kematiannya. Pada suatu malam Thufail bin 'Amru bermimpi melihat temannya itu segar bugar dengan tangan terbungkus. Thufail bertanya kepadanya, "Apakah yang diperbuat Tuhan terhadapmu?" Jawabnya, "Allah mengampuni dosa-dosaku, kerana aku telah ikut hijrah mengikuti Nabi saw." Tanya Thufail, "Kulihat tanganmu dibungkus, kenapa?" Jawabnya, "Dikatakan (Tuhan) kepada ku, Kami tidak akan memperbaiki apa yang telah kamu rosakkan sendiri." Mimpi Thufail itu diceritakannya kepada Nabi saw., lalu beliau mendoa, "Ampunilah dia ya Allah, kerana dia telah memotong tangannya." |