Hadis Sahih Bukhari No. 0092 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 92, Dari Umi Salamah r.a. (isteri Nabi), katanya, "Ummu Sulaim datang kepada Rasulullah menanyakan, "Ya, Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu mengatakan yang benar (al haq). Wajibkah perempuan mandi kalau ia bermimpi?" Jawab Rasulullah, "Ya, wajib! Apabila dia melihat air (keluar mani)." Ummu Salamah menutup mukanya kerana malu, dan berkata, "Ya, Rasulullah! Apakah perempuan keluar mani jugakah?" Jawab Rasulullah, "Ya, betul! Taribat yaminuk. Kalau tidak kenapa anaknya serupa dengan dia." |