Hadis Sahih Bukhari No. 0090 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 90. Kata Aisyah r.a., Nabi saw. bersabda, "Hai, Aisyah! Jikalau tidaklah kerana kaummu masih baru (memeluk agama Islam), nescaya ku rombak Kaabah. Akan ku buat dua pintu, satu pintu masuk dan yang satu lagi pintu keluar." Kemudian Ibnu Zubir (dalam masa pemerintahannya 64 - 72 H.) melaksanakan apa yang disabdakan Nabi itu. |