Hadis Sahih Bukhari No. 0088 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 88, Cerita dari Abu Musa r.a., mengatakan, ''Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah menanyakan, "Ya Rasulullah! Apakah ertinya perang fi sabilillah? Di antara kami ada yang berperang kerana marah dan kerana panas hati." Rasulullah mengangkat kepalanya, tentu saja Rasullullah tidak akan mengangkat kepalanya , kalau orang yang bertanya itu tidak sedang berdiri. Sabda beliau, "Siapa yang berperang kerana hendak menegakkan Kalimah Allah ' (Islam) setinggi-tingginya, maka dia itu berperang fi sabilillah 'azza wa jalla." |