Hadis Sahih Muslim No. 0079 Jilid 1 Topik adalah Iman 79. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika Rasulullah saw. melalui setumpuk makanan (di pasar), lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam tumpukan itu. Setelah diangkatnya kembali, ternyata jari-jari beliau basah. Lalu beliau bertanya, "Kenapa begini, hai penjual makanan?" Jawabnya, "Kena hujan, ya Rasulullah!" Sabda beliau, "Mengapa tidak ditaruh sebelah atas (yang basah) supaya dilihat orang! Siapa yang menipu tidak termasuk golonganku." |