Hadis Sahih Bukhari No. 0079 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 79, Dari Abu Syuraih, r.a. dia berkata kepada Amr bin Sa'id ketika Amr mengirim tentera ke Mekah, "Wahai, Amr! Izinkanlah saya menyampaikan sabda Nabi saw. yang diucapkan beliau pagi pagi di hari penaklukan Mekah, yang aku dengar dengan kedua telinga ku, aku fahamkan dengan hatiku, dan aku lihat dengan kedua mata ku, ketika beliau mengucapkan sabdanya itu. "Lebih dahulu beliau memuji dan menyanjung Allah, dan sesudah itu beliau bersabda, "Sesungguhnya negeri Mekah diharamkan Allah dan tidak diharamkan oleh manusia. Tidak halal bagi orang yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir kiamat menumpahkan darah di Mekah itu dan menebang pohon-pohonnya. Jika ada orang yang mengatakan halal, dengan alasan Nabi sendiri berperang di negeri Mekah, mahu katakanlah kepadanya : "Sesungguhnya Allah hanya memberi izin kepada Rasul-Nya saja, dan tidak memberi izin kepada Anda sekalian; itu pun hanya sesaat di siang hari (waktu penaklukan). Setelah itu kesucian negeri itu kembali seperti semula. Hendaklah yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir." Seseorang bertanya kepada Abu Syuraih, "Apakah jawab Amr?" Kata Abu Syuraih, dia menjawab, "Hai Abu Syuraih! Saya lebih tahu dari Anda". Mekah tidak akan melindungi pendurhaka, tidak melindungi orang yang lari dengan darah (pembunuh), dan tidak pula melindungi pencuri." |