Hadis Sahih Muslim No. 0075 Jilid 1 Topik adalah Iman 75. Dari Abul Aswad Addili, dari Abu Dzar r.a., katanya: "Aku datang kepada Nabi saw., ku dapati beliau sedang tidur memakai baju putih. Kemudian aku datang lagi, beliau masih tidur. Kemudian aku datang lagi, ku dapati beliau telah bangun. Lalu aku duduk ke dekatnya, dan beliau bersabda: "Tidak seorang pun orang yang telah mengucapkan kalimah La ilaha illallah, kemudian dia mati dalam pengakuannya itu, melainkan dia masuk syurga." Aku bertanya, "Sekalipun dia berzina dan mencuri?" Jawab Rasulullah, "Ya, sekalipun dia berzina dan mencuri." Pertanyaan itu ku tanyakan sampai tiga kali. Kali yang keempat beliau menjawab, "Tidak dapat tidak, hai, Abu Dzar!" Kata Abul Aswad melanjutkan, "Sesudah itu Abu Dzar keluar sambil mengulang-ulang perkataan Nabi saw. itu, "Tidak dapat tidak, hai Abu Dzar!" |