Hadis Sahih Bukhari No. 0072 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 72, Dari Abu Musa r.a., katanya: "Seseorang bertanya kepada Nabi saw., mengenai perkara yang tidak disukai beliau. Maka tatkala orang itu terlalu banyak bertanya, Nabi jadi marah. Kemudian beliau berkata, "Tanyakanlah apa yang hendak kamu tanyakan." Seorang laki-laki bertanya, "Siapakah bapa ku?" Jawab Nabi, "Bapa mu, Huzaifah." Bertanya pula yang lain, "Siapakah bapa ku, hai, Rasulullah?" Jawab Nabi, "Bapa mu, Salim, maula Syaibah." Tatkala Umar melihat rasa kurang senang tergambar di wajah Rasulullah kerana soal-soal yang tidak menentu itu, segera ia berkata, ''Wahai, Rasulullah! Kami taubat kepada Allah Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Agung." |