Hadis Sahih Bukhari No. 0071 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 71, Zaid bin Khalid al Juhani r.a. mengkhabarkan. "Seseorang bertanya kepada Nabi saw. mengenai barang penemuan di jalan. Kata Nabi, "Kenalilah pengikat dan karungnya (ciri-cirinya). Kemudian beritahukan kepada khalayak ramai dalam tempoh satu tahun. Sesudah melalui satu tahun boleh engkau pergunakan. Tetapi kalau datang yang punya memintanya, berikan atau bayarlah kepadanya." Bertanya pula orang itu, "Bagaimana kalau yang ditemukan itu unta, ya, Rasulullah?" Rasulullah kelihatan marah mendengar pertanyaan itu, sehingga merah mukanya. Beliau berkata, "Apa perlunya engkau ambil unta itu. Bukankah dia mempunyai kantong air dan sepatu. Ia sendirinya, sanggup minum dan mencari makan dari daun-daun kayu. Biarkan saja unta itu sampai ditemukan oleh yang punya." Tanya orang itu pula, "Kalau kambing, bagaimana?" Jawab Rasulullah, "Untuk kamu, atau untuk saudara mu, ataukah untuk serigala?" |