Hadis Sahih Muslim No. 0070 Jilid 1 Topik adalah Iman 70. Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Mencaci ibu-bapa, termasuk dosa besar." Para sahabat bertanya, "Adakah orang yang mencaci ibu-bapanya?" Jawab Rasulullah saw., "Ya,ada! Dicacinya bapa orang lain, lantas orang itu mencaci bapanya pula. Dicacinya ibu orang lain, lalu orang itu mencaci ibunya pula." |