Hadis Sahih Bukhari No. 0070 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 70, Abu Mas'ud al Anshari r.a. menceritakan bahawa seseorang mengadu kepada Rasulullah saw. katanya, "Ya, Rasulullah! Hampir saja aku tidak mampu , solat berjemaah, kerana si Fulan yang menjadi imam memanjangkan solatnya bersama kami." Saya belum pernah melihat Nabi saw. sangat marah waktu mengajar, seperti marahnya di hari itu. Sabda beliau, "Para jemaah semuanya! Janganlah Anda menjauhkan orang dari solat berjemaah. Siapa mengimami solat, hendaklah ia memendekkan solatnya, kerana di antara mereka (makmum) ada orang yang sakit, orang yang lemah, dan orang yang mempunyai keperluan." |