Hadis Sahih Bukhari No. 0069 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 69, Uqbah bin Haris r.a. menceritakan bahawa ia kahwin dengan puteri Abu Ihab bin Aziz. Kemudian datang seorang perempuan mengatakan kepadanya, "Sesungguhnya saya telah menyusukan Anda dan perempuan yang anda kahwini itu." Maka jawab Uqbah, "Saya tidak tahu engkau telah menyusukan saya, dan engkau tidak pula memberitahukannya kepada ku sebelum ini." Kemudian Uqbah berkenderaan menemui Rasulullah saw. di Madinah, menanyakan hal itu. Maka sabda Rasulullah saw., "Bagaimana mungkin engkau terus memperisterikannya; bukankah sudah dikatakannya bahawa dia saudara sepersusuan denganmu?" Semenjak itu Uqbah menceraikan isterinya, dan perempuan itu kemudian kahwin dengan laki-Iaki lain. |