Hadis Sahih Bukhari No. 0068 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 68. Dari Asma r.a. katanya: "Aku datang kepada Aisyah, kebetulan dia sedang solat. Aku bertanya, "Apakah kerja orang sekarang?" Aisyah memberi isyarat ke langit, maka ketika itu (kelihatan) jemaah sedang berdiri (solat). Kata Aisyah, 'Subhanallah!' Aku bertanya, 'Ayat?'Aisyah menganggukkan kepala, tanda setuju. Aku berdiri dan merasa pening lalu ku siram kepala ku dengan air. Nabi berkhutbah, beliau memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu beliau bersabda, "Apa yang belum pernah ku lihat telah ku lihat di tempat ku ini, bahkan syurga dan neraka. Diwahyukan Allah kepada ku, bahawa kamu akan diuji dalam kubur mu, serupa atau hampir serupa - aku tidak ingat benar apakah Asma mengucapkan misla atau qarib - ujian Al Masih Dajjal. Ditanyakan orang dalam kubur, "Kenalkah engkau orang ini?" Maka orang mukmin aku tidak ingat ucapan Asma apakah mukmin atau muqin - menjawab, "Dia Muhammad Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa pengajaran dan petunjuk. Kami menerima dan mengikuti ajarannya." Jawapan itu diucapkannya sampai tiga kali. Maka katanya, "Tidurlah dengan baik. Sesungguhnya kami tahu bahawa engkau percaya dan yakin dengan dia." Adapun orang munafik atau orang yang ragu-ragu, - aku tidak ingat benar apakah Asma mengucapkannya Munafik atau Murtab - menjawab, "Saya tidak tahu, saya dengar orang menyebutnya maka saya mengatakannya pula." |