Hadis Sahih Muslim No. 0067 Jilid 1 Topik adalah Iman 67. Dari 'Abdullah r.a., Katanya dia bertanya kepada Rasulullah saw.: "Dosa apakah yang paling besar di sisi Allah?" Jawab Rasulullah saw., "Menyekutukan Allah, padahal Dia sendiri yang menjadikanmu." "Yang demikian itu sangat besar dosanya," kataku. "Kemudian apa lagi?" Jawab Rasulullah saw., "Membunuh anakmu sendiri kerana takut melarat." "Kemudian apa lagi" tanyaku pula. Jawab beliau, "Berzina dengan isteri tetanggamu." |