Hadis Sahih Bukhari No. 0060 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 60, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya : "Ia berbeza pendapat dengan Hurr bin Qais bin Hishn al Fazati, tentang sahabat Nabi Musa a.s. Ibnu Abbas berpendapat bahawa sahabat Nabi Musa. itu ialah Nabi Khidr. Dalam pada itu lalu Ubai bin Ka'ab, lalu dipanggil oleh Ibnu Abbas. Katanya kepada Ubai, "Saya dan sahabat saya ini berbeza pendapat tentang sahabat Nabi Musa yang dimintanya kepada Allah supaya dapat bertemu dengan dia, adakah anda mendengar Rasulullah menceritakannya?" Jawab Ubai, "Ya, ada. Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda: Pada suatu ketika Musa berada dalam satu kelompok Bani Israil, tiba-tiba datang kepadanya seseorang bertanya: Tahukah anda, adakah orang yang lebih pintar dari anda?" Jawab Musa, "Tidak!" Kemudian Allah mewahyukan kepada Musa, "Ada orang yang lebih pintar iaitu hamba Kami Khidr." Setelah itu Musa memohon kepada Allah supaya diberi jalan untuk bertemu dengan Khidr. Maka Allah menjadikan ikan sebagai tanda bagi Musa, dan kepadanya dipesankan Allah, 'Apabila ikan itu hilang, kembalilah, nescaya engkau akan bertemu dengannya. Maka Musa mengikuti jejak ikan itu di lautan. Di tengah perjalanan, pelayan Musa berkata kepadanya, ''Tahukah anda ketika kita berhenti di sebuah batu besar, saya lupa memperhatikan ikan itu; hanya syaitanlah yang memperdayakan ku untuk terus memperhatikannya." Jawab Musa, "itulah yang kita kehendaki." Keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula, dan akhirnya bertemu dengan Khidr. Kemudian antara Musa dan Khidr terjadi beberapa peristiwa seperti yang dikisahkan Allah swt. di dalam Al Quran. |