Hadis Sahih Muslim No. 0058 Jilid 1 Topik adalah Iman 58. Dari Zaid bin Khalid Al Juhani r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengimami kami solat Subuh di Hudaibiyah, sesudah tadi malam hujan turun. Setelah selesai solat, Nabi saw. menghadap kepada orang ramai, lalu bersabda: "Tahukah Anda sekalian, apa yang telah difirmankan Tuhan Anda?" Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nyalah yang lebih tahu." Sabda Nabi saw., "Allah berfirman: Ketika hamba-hambaKu bangun pagi-pagi, di antaranya ada mukmin, dan ada pula yang kafir. Siapa yang berkata, "Hari hujan kerana kurnia dan rahmat Allah, maka dia itu mukmin (iman) denganKu, kafir dengan bintang-bintang. Dan siapa yang berkata, "Hari hujan kerana bintang ini dan bintang itu, maka dia kafir denganKu, iman dengan bintang-bintang." |