Hadis Sahih Bukhari No. 0058 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 58, Humaid bin Abdurrahman r.a. mengatakan bahawa ia mendengar Muawiyah berkhutbah, katanya, "Dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah akan beroleh kebaikan, diberi-Nya pengertian dalam hal agama. Saya hanya membahagi-bahagikan, sedang yang memberi ialah Allah. Selama (umat Islam) berdiri teguh di atas agama Allah, tidak satu pun penentang-penentang mereka yang sanggup membinasakan mereka sampai kiamat datang." |