Hadis Sahih Bukhari No. 0056 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 56, Diceritakan oleh Abu Bakrah r.a., katanya: "Suatu ketika Rasulullah saw. berpidato sambil duduk di atas untanya, sedang tali kekang dipegang oleh orang lain. Rasulullah bertanya: "Hari apakah sekarang?" Kami diam saja, kerana kami mengira beliau akan memberikan nama lain bagi hari itu. Kata beliau, "Bukankah hari ini hari Nahr?" Jawab kami, "Betul, Ya Rasulullah!" Tanya beliau pula, "Bulan apa?" Kami diam, kerana kami mengira beliau akan memberikan nama lain bagi bulan itu. Kata beliau, "Bukankah ini bulan Zulhijjah?" Jawab kami,"Betul, Ya Rasulullah." Sabda beliau, "Sesungguhnya darahmu, harta mu serta kehormatanmu dalam pergaulanmu terpelihara (dilindungi), sebagaimana terpeliharanya kehormatan hari ini (hari Nam), bulan ini (Zulhijjah), dalam negeri ini (Mekah). Hendaklah orang yang hadir ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Semoga pelajaran ini sampai kepada orang yang lebih dalam memahamkannya." |