Hadis Sahih Bukhari No. 0054 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 54, Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Nabi menulis sepucuk surat, atau menyuruh tulis, tiba-tiba seseorang berkata kepada beliau: "Mereka tidak suka membaca surat yang tidak dicap (distempel)." Lalu Nabi menyuruh buat sebuah stempel dari perak, bertuliskan: Muhammad Rasulullah. Seakan-akan masih nampak olehku putihnya stempel itu ketika berada di tangan Nabi. Syu'bah bertanya kepada Qatadah, "Siapakah yang mengatakan stempel itu bertuliskan tulisan Muhammad Rasulullah?" Jawabnya. "Anas!" |