Hadis Sahih Bukhari No. 0050 Jilid 1 Topik adalah Ilmu 50, Dari Abdullah bin Amr (bin Ash) katanya: "Nabi saw. terlambat dalam suatu perjalanan yang kami lakukan bersama-sama beliau. Ketika beliau dapat menyusul kami, waktu solat telah tiba, dan kami sedang berwuduk. Ternyata kami kurang sempurna mencuci kaki. Agaknya Nabi memperhatikan kami, lalu beliau berteriak sekeras-keras suara beliau: "Celakalah tumit-tumit yang terbakar api neraka." Ucapannya itu diteriakkan beliau sampai dua atau tiga kali berulang-ulang." |