Hadis Sahih Bukhari No. 0048 Jilid 1 Topik adalah Wahyu 48, Ziad bin 'Uaqah r.a. berkata: "Saya mendengar Jarir bin Abdullah berpidato pada hari wafat Mughirah bin Syu'bah. Katanya: "Saya puji Allah dan saya sanjung Dia setinggi-tingginya. Selanjutnya dia berkata, "Taqwalah Anda sekalian kepada Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Sabar dan tenanglah Anda semua, hingga datang Amir (Gabenor) yang baru. Sesungguhnya dia akan datang kepada Anda sekarang jua. Sesudah itu ia melanjutkan, "Berilah maaf kepada Amirmu (Mughirah), kerana dia orang pemaaf. Kemudian katanya lagi, "Saya telah datang kepada Nabi saw. dan berjanji akan melaksanakan segala perintah Islam. Lalu beliau memberikan beberapa syarat kepada ku. serta nasihat-nasihat untuk kaum muslimin seluruhnya. Aku berjanji kepada beliau akan memenuhi syarat-syarat tersebut dan mengamalkan nasihat-nasihat itu. Demi Tuhan masjid ini, sesungguhnya saya telah menyampaikan kepada Anda sekalian."Kemudian dia mohon ampun kepada Allah, lalu turun dari mimbar." |