Hadis Sahih Bukhari No. 0044 Jilid 1 Topik adalah Wahyu 44, Abu Jamrah bercerita, "Aku duduk bersama Ibnu Abbas di atas divannya, lalu dia berkata kepada ku: Tinggallah di rumahku, nanti ku beri kamu sebahagian harta ku." Maka aku tinggal di rumahnya (lebih kurang telah) dua bulan lamanya. Kemudian dia berkata kepada ku, Sabda Nabi, "Selamat datang Para Utusan." Diucapkan beliau tanpa penghinaan dan penyesalan. Jawab mereka, "Ya, Rasulullah! Kami tidak dapat datang menemui Anda kecuali di bulan Haram ini; kerana antara negeri kami dan negeri Anda, ada kampung Mudhar yang masih kafir. Oleh kerana itu, berilah kami pengajaran yang jelas dan tegas, supaya kami sampaikan kepada orang-orang kampung kami, agar kami semuanya masuk syurga." Kemudian mereka menanyakan kepada Nabi tentang minum-minuman. Maka Nabi menyuruh mereka melaksanakan empat perkara dan melarang empat perkara pula. Nabi menyuruh mereka supaya iman kepada Allah satu-satu-Nya. Sabda Nabi, "Tahukah Anda sekalian, apa ertinya iman kepada Allah satu-satunya?" Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu." Sabda Nabi, "Mengakui tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu Rasul Allah." Kemudian Nabi menyuruh mereka menegakkan solat, membayar zakat, puasa bulan Ramadhan, dan memberikan seperlima harta rampasan perang (kepada Baitul Maal). Nabi melarang mereka melakukan empat perkara, yaitu: 1. hantam, 2. dubba, 3. naqir, dan 4. muzaffat - atau barangkali muqayyar (ganti naqir). Selanjutnya Nabi bersabda, "Ingatlah semuanya itu dan sampaikan kepada orang kampung Anda." |