Hadis Sahih Muslim No. 0040 Jilid 1 Topik adalah Iman 40. Dari Thariq bin Syihab r.a., dari Abu Dakar r.a., katanya: "Orang yang mula-mula mendahulukan khutbah daripada solat hari raya, ialah Marwan. Tiba-tiba seorang lelaki berdiri, lalu memprotes. Katanya, "Solat lebih dahulu, sesudah itu baru khuthbah." Jawab Marwan, "Cara seperti itu sudah ditinggalkan, dan tidak dipakai lagi." Kata Abu Sa'id, "Terhadap kes ini berlaku apa yang ku dengar dari Rasulullah saw., sabdanya: "Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya; jika dia tidak sanggup, maka dengan lidahnya; jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itu adalah yang selemah-lemah iman." |