Hadis Sahih Bukhari No. 0034 Jilid 1 Topik adalah Wahyu 34, Dari Barra' bin Azib r.a., "Pertama kali Nabi saw. datang ke Madinah, beliau bertempat tinggal di rumah abang atau pakcik-pakcik beliau dari kaum Ansar. Ketika itu Nabi solat menghadap ke Baitul Maqdis (Jerusalem), lebih kurang 16 atau 17 bulan lamanya. Sesungguhnya Nabi lebih suka Baitullah (Ka'bah di Mekah) menjadi kiblatnya. Dan solat yang mula-mula dikerjakan Nabi menghadap ke Baitullah (Kaabah) ialah solat Asar, yang dilakukan beliau bersama-sama dengan orang banyak. Kemudian salah seorang yang ikut jemaah bersama Nabi ketika itu keluar, dan pergi melalui sebuah masjid, di mana jemaahnya sedang rukuk (menghadap ke Baitul Makdis)" Lantas orang itu berkata, "Demi Allah, baru saja saya solat bersama-sama Rasulullah menghadap ke (Baitullah di) Mekah. "Maka segera mereka merubah kiblat mereka menghadap ke Baitullah. Orang-orang Yahudi mulanya sangat bangga, ketika (Nabi dan pengikutnya) solat menghadap ke Baitul Maqdis. Begitu pula Ahli Kitab (Nasrani). Tetapi setelah kiblat umat Islam berubah ke Baitullah, mereka mencela perubahan itu. Selanjutnya Barra' menyebutkan dalam hadisnya ini, "Banyak orang telah meninggal di masa kiblat masih ke Baitul Makdis, dan yang terbunuh sebelum perubahan kiblat ke Baitullah. Kami tidak mengerti bagaimana (hukumnya) solat itu." Lalu turun ayat: "Allah tidak akan mensia-siakan iman kamu semua." (Surah Al Baqarah, 2 : 143) |