Hadis Sahih Bukhari No. 0030 Jilid 1 Topik adalah Wahyu 30, Dari Abu Hurairah r.a, katanya Nabi saw. bersabda: "Allah menggembira kan hati orang yang berperang fisabilillah" (di jalan Allah), iaitu orang yang berperang semata-mata kerana iman kepada Allah dan Rasul-Nya, bahawa ia akan kembali membawa kemenangan dan harta rampasan, atau dimasukkan ke dalam syurga. "Andaikata tidaklah akan menyulitkan umat ku, nescaya aku selalu ikut berperang. Aku ingin mati terbunuh di jalan Allah, kemudian hidup kembali dan terbunuh, hidup kembali dan terbunuh pula." |