Hadis Sahih Muslim No. 0029 Jilid 1 Topik adalah Iman 29. Dari 'Itban bin Malik r.a, katanya: "Aku ditimpa musibah, iaitu mata ku buta. Kerana itu aku mengutus seseorang mengundang Rasulullah saw., semoga beliau sudi solat di rumah ku: di mana kemudian tempat solat beliau itu ku jadikan tempat solat ku. Kata 'Itban melanjutkan, "Nabi saw. datang beserta beberapa orang sahabat. Beliau masuk ke rumah ku lalu solat; sedangkan para sahabat bercakap-cakap sesama mereka, yang akhirnya sampai kepada perihal Malik bin Dukhsyum. Kata mereka, "Alangkah besar dosanya Malik bin Dukhsyum." Mereka ingin kiranya Rasulullah saw. mendoakannya supaya dia celaka ditimpa suatu malapetaka." Setelah Rasulullah saw. selesai solat, beliau bertanya, "Bukankah dia telah mengucapkan syahadat, bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa aku Rasulullah?" Jawab mereka, "Dia mengucapkannya tidak dari hatinya." Sabda Rasulullah saw., "Tidak seorang jua pun yang mengucapkan syahadat, bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa aku Rasulullah, yang masuk neraka atau dimakan api neraka." Kata Anas, "Hadis ini sangat mengagumkan ku. Kerana itu ku suruh anak ku menuliskannya, lalu dituliskannya." |