Hadis Sahih Muslim No. 0027 Jilid 1 Topik adalah Iman 27. Dari Mu'adz bin Jabal r.a., katanya: "Aku membonceng Rasulullah saw. mengenderai seekor keldai yang diberi nama 'UfaiL Rasulullah saw. menanya kepada ku, "Hai, Mu'adz! Tahukah engkau, apakah hak Allah atas hamba, dan apakah hak hamba atas Allah?" Jawabku," Allah dan RasulNyalah yang lebih tahu." Sabda beliau, "Hak Allah atas hamba ialah supaya mereka menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan yang lain. Dan hak hamba atas Allah 'Azza wa Jalla ialah, tidak menyeksa orang yang tidak menyekutukanNya dengan yang lain." Tanya ku, "Ya, Rasulullah! Apakah aku harus menyampaikannya kepada orang banyak?" Jawab beliau, "Tak usah! Kerana dapat menyebabkan mereka berpangku tangan saja nantinya." |