Hadis Sahih Muslim No. 0026 Jilid 1 Topik adalah Iman 26. Dari 'Ubadah bin Shamit r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mengucapkan pengakuan (syahadat): Aku mengaku tidak ada Tuhan selain Allah satu-satunya, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan bahawa Muhammad Rasulullah, dan bahawa 'Isa hamba Allah, anak wanita hamba sahayaNya, dan KalimahNya yang ditujukanNya kepada Maryam, dan Ruh daripadaNya, dan bahawa syurga dan neraka itu sebenarnya ada, Allah akan memasukkannya ke syurga melalui salah satu pintu dari lapan pintu yang dikehendakiNya." |