Hadis Sahih Bukhari No. 0021 Jilid 1 Topik adalah Wahyu 21, Dari Abu Hurairah r.a, katanya ada orang bertanya kepada Rasulullah saw, tanyanya: "Apakah amal yang paling utama?" Jawab Nabi saw, "Percaya kepada Allah dan Rasul-Nya." Tanyanya pula, "Sesudah itu apakah?" Jawab beliau, "Jihad (berusaha keras atau berjuang) di jalan Allah!" Tanyanya lagi, "Sesudah itu apa pula?" Jawab beliau, " Haji yang mabrur (haji yang diterima Allah, kerana memenuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan Allah)" |