Hadis Sahih Muslim No. 0020 Jilid 1 Topik adalah Iman 20. Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka mengaku tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulullah, mendirikan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian itu telah mereka lakukan, terpeliharalah darah dan harta mereka olehku, kecuali kerana alasan-alasan hukum; sedangkan perhitungannya terserah kepada Allah." |