Hadis Sahih Bukhari No. 0020 Jilid 1 Topik adalah Wahyu 20, Dari Ibnu Umar r.a, katanya Rasulullah saw, bersabda: "Aku diperintah supaya memerangi manusia, hingga mereka mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah, dan supaya mereka menegakkan solat dan membayar zakat. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, maka darah dan harta mereka mendapat perlindungan dari ku, kecuali kerana alasan-alasan (hukum) Islam. Sedangkan perhitungan (peradilan) mereka terserah kepada Allah." |