Hadis Sahih Muslim No. 0017 Jilid 1 Topik adalah Iman 17. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Tatkala Rasulullah saw. mengutus Mu'adz ke negeri Yaman, beliau bersabda: Engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab. Pertama-tama, ajaklah mereka menyembah Allah 'Azza wa Jalla. Apabila mereka telah mengenal Allah, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan kepada mereka solat lima kali sehari semalam. Apabila yang demikian telah mereka lakukan, sampaikanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya, lalu diberikan kepada orang-orang fakir. Apabila mereka telah mematuhinya, maka laksanakanlah itu dan jauhilah harta mereka yang paling baik." |