Hadis Sahih Muslim No. 0016 Jilid 1 Topik adalah Iman 16. Dari Mu'adz r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengutus ku (ke negeri Yaman Sabda beliau, "Engkau akan mendatangi suatu kaum ahli kitab. Ajaklah mereka mengakui(syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa aku Rasulullah. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, maka ajarkanlah kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima kali sehari semalam. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, ajarkanlah bahawa Allah mewajibkan kepada mereka membayar zakat, diambil dari orang-orang kaya mereka lalu diberikan kepada orang-orang fakir. Jika mereka telah mematuhi yang demikian, maka hati-hatilah engkau terhadap harta mereka yang terbaik. Dan jagalah diri mu dari doa orang-orang teraniaya, kerana antara dia dengan Allah tidak ada dinding." |