Hadis Sahih Muslim No. 0015 Jilid 1 Topik adalah Iman 15. Dari Abu Jamrah r.a., katanya: "Aku bertugas menjadi penterjemah Ibnu 'Abbas dengan orang ramai. Pada suatu ketika datang kepadanya seorang wanita bertanya perihal "nabidzil jarri" (minuman keras). Jawab Ibnu 'Abbas, "Sesungguhnya para utusan 'Abdul Qais pernah datang kepada Rasulullah saw., lalu beliau bertanya kepada mereka. Dari manakah Anda sekalian?" Jawab mereka, "Kami utusan suku Rabi'ah." "Selamat datang para utusan; jangan merasa malu-malu," ujar Nabi. Kata mereka, "Ya, Rasulullah! Kami datang dari tempat yang jauh. Antara tempat kami dan tempat Anda ini terdapat perkampungan suku Mudhar yang masih kafir. Kami tidak dapat mendatangi Anda kecuali pada bulan-bulan haram. Kerana itu berilah kami suatu tugas nyata yang akan kami sampaikan kepada orang-orang kampung kami supaya kami masuk syurga." Kata Ibnu 'Abbas, "Rasulullah saw. memerintahkan kepada mereka empat perkara, dan melarang mereka dari empat perkara." Katanya, "Rasulullah memerintahkan mereka supaya iman dengan Allah, satu-satu-Nya." Rasulullah saw. bertanya, "Tahukah Anda sekalian, apakah yang dimaksud dengan Iman?" Jawab mereka, "Allah dan Rasul-Nya-lah yang lebih tahu." Sabda Rasulullah saw.: Syahadat (pengakuan) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad Rasulullah; Mendirikan solat; Puasa Ramadhan; Menyerahkan seperlima harta rampasan (ke Baitul Mal). Rasulullah saw. melarang mereka membuat arak di dalam labu, di dalam buyung besar, di dalam pasu kayu dan di dalam belanga yang dicat dengan plinkut. "Nah, ingatlah dan sampaikan kepada angkatan sesudah Anda!" |