Hadis Sahih Muslim No. 0014 Jilid 1 Topik adalah Iman 14. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Utusan 'Abdul Qais datang menghadap kepada Rasulullah saw., lalu mereka berkata: "Ya, Rasulullah! Kami ini utusan suku Rabi'ah. Antara kampung kami dan tempat tinggal Anda (Madinah) terdapat perkampungan suku Mudhar yang masih kafir. Kerana itu kami tidak bebas menemui Anda kecuali pada bulan haram. Oleh sebab itu berilah kami tugas untuk kami laksanakan, dan supaya warga kami dapat pula kami ajak melaksanakannya." Jawab Nabi saw., "Ku perintahkan kepada Anda sekalian empat perkara, dan ku larang empat perkara. Ku perintahkan kepada Anda sekalian supaya Iman dengan Allah." Kemudian Nabi saw. menjelaskan perincian Iman itu kepada mereka. Sabda beliau: Mengakui (syahadat) bahawa tidak ada Tuhan selain Allah, dan bahawa Muhammad Rasulullah; Mendirikan solat; Membayar zakat; Menyerahkan seperlima harta rampasan (ke Raitul Mal). Aku larang Anda sekalian dari pembuatan arak di dalam labu, buyung besar dari tanah, pasu kayu, dan di dalam belanga yang dicat dengan plinkut." |