Hadis Sahih Muslim No. 0013 Jilid 1 Topik adalah Iman 13. 'Ikrimah bin Khalid mengabarkan kepada Thawus, bahawa seorang lelaki berkata kepada 'Abdullah bin Umar r.a., katanya: "Kenapa Anda tidak pergi berperang?" Jawab 'Abdullah, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, bahawa Islam dibina atas lima perkara: Pengakuan (syahadat) tidak ada Tuhan selain Allah; Mendirikan solat; Membayar zakat; Puasa Ramadhan; Haji ke Bait." |