Hadis Sahih Muslim No. 0009 Jilid 1 Topik adalah Iman 9. Dari Jabir r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Apabila aku telah melakukan semua solat wajib, dan berpuasa Ramadhan, aku halalkan yang halal dan aku haramkan yang haram, dan tidak ku tambah yang demikian itu dengan yang lain, dapatkah aku masuk syurga?" Jawab Nabi saw., "Ya, dapat!" Kata orang itu, "Demi Allah! Tidak akan ku tambah yang demikian dengan yang lain." |