Hadis Sahih Muslim No. 0007 Jilid 1 Topik adalah Iman 7. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang Arab dusun datang kepada Rasulullah saw., lalu berujar: "Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang apabila ku amalkan maka aku masuk syurga kerananya." Jawab Nabi saw., "Sembahlah Allah, jangan dipersekutukan dengan-Nya sesuatu. Dirikan solat wajib, bayar zakat fardu dan puasalah bulan Ramadhan." Kata orang itu, "Demi Allah, yang diri ku di tanganNya, tidak akan ku tambah dan tidak akan ku kurangi." Ketika orang itu telah pergi, Nabi saw. bersabda, "Siapa yang ingin melihat penduduk syurga, maka lihatlah orang itu." |