Hadis Sahih Muslim No. 0006 Jilid 1 Topik adalah Iman 6. Dari Abu Ayyub r.a., katanya: "Seorang Arab dari pedalaman datang kepada Rasulullah saw., ketika beliau sedang dalam perjalanan; lalu orang itu memegang tali kekang unta yang dikenderai Nabi saw. Kata nya, "Ya,Rasulullah! Ajarkanlah kepada ku suatu amal yang dapat mendekatkan ku ke syurga, dan menjauhkan ku dari neraka." Kata Abu Ayyub, "Kerana itu Nabi saw. berhenti, kemudian beliau memandang kepada para sahabatnya dan berkata: "Sesungguhnya dia telah diberi taufik.' Kemudian Nabi saw. berkata kepada orang itu, "Apa kata Anda?" Orang itu pun mengulang permintaannya. Maka sabda Nabi saw., "Sembahlah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu; tegakkan solat, bayar zakat dan hubungkan silaturrahim. Nah, sekarang lepaskanlah unta ku!" |