Hadis Sahih Muslim No. 0004 Jilid 1 Topik adalah Iman 4. Dari Thalhah bin Ubaidillah r.a., katanya: "Seorang lelaki penduduk Nejed datang kepada Rasulullah saw. dengan rambut kusut. Kami mendengar suaranya, tetapi tidak jelas bagi kami apa yang dikatakannya. Akhirnya dia mendekat kepada Rasulullah saw., kiranya dia menanyakan perihal Islam. Jawab Rasulullah saw., "Solat lima kali sehari semalam." Tanya orang itu, "Adakah kewajiban kami selain itu?" Jawab Nabi saw., "Tidak! Kecuali jika engkau mahu mengerjakan solat sunat." Kata beliau selanjutnya, "Puasa bulan Ramadhan." Tanya orang itu, "Adakah kewajipan kami selain itu?" Jawab Nabi saw., "Tidak! Kecuali jika engkau mahu puasa sunat." Nabi saw. melanjutkan pula, "Zakat." Tanya orang itu, "Adakah kewajiban kami selain itu?" jawab Nabi saw., "Tidak! Kecuali jika engkau mahu bersedekah sunat." Kata Thalhah, "Kemudian orang itu berlalu sambil berkata: "Demi Allah! Apa yang diajarkan Rasulullah itu tidak akan kutambah dan tidak akan ku kurangi." Sabda Rasulullah saw., "Beruntunglah dia, jika apa yang diucapkannya itu benar-benar ditepatinya." |