Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

21  
Surah AzZukhruf. Ayat 047.

Maka apabila dia datang kepada mereka dengan membawa tanda-tanda kekuasaan Kami, mereka dengan serta-merta mencemuh dan menggelakkan (apa yang dibawanya) itu.

22  
Surah AlIsraa'. Ayat 032.

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

23  
Surah AlHijr. Ayat 067.

Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.

24  
Surah Hud. Ayat 076.

(Malaikat-malaikat itu berkata): Wahai Ibrahim! Janganlah dihiraukan hal ini. Sesungguhnya telah datang perintah Tuhanmu (menghukum mereka) dan sesungguhnya mereka akan didatangi azab yang tidak akan dapat ditolak (oleh bantahan atau doa permohonan).

25  
Surah AsySyu’araa. Ayat 154.

Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.

26  
Surah AsySyu’araa. Ayat 193.

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

27  
Surah AlA’raaf. Ayat 106.

Firaun menjawab: Kalau betul engkau datang dengan membawa sesuatu mukjizat maka bawalah ia (supaya aku melihatnya), jika betul engkau dari orang-orang yang benar.

28  
Surah Ali'Imran. Ayat 183.

Orang-orang (Yahudi itulah) yang berkata: Sebenarnya Allah telah perintahkan kami, supaya kami jangan beriman kepada seseorang Rasul sehingga dia membawa kepada kami korban yang dimakan api. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya telah datang kepada kamu beberapa Rasul dahulu daripadaku dengan membawa keterangan-keterangan (mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang kamu katakan itu, oleh itu mengapa kamu membunuh mereka, jika kamu orang-orang yang benar (pada dakwaan kamu itu)?

29  
Surah AlWaqi'ah. Ayat 040.

Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

30  
Surah AdzDzariyaat. Ayat 012.

Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu?