21 | Surah AlAn'aam. Ayat 141. Dan Dialah ( Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau. |
22 | Surah AlWaqi'ah. Ayat 068. Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? |
23 | Surah AsSaaffat. Ayat 146. Dan Kami tumbuhkan (untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar. |
24 | Surah AlQamar. Ayat 012. Dan Kami jadikan bumi memancarkan mata air-mata air (di sana sini), lalu bertemulah air (langit dan bumi) itu untuk (melakukan) satu perkara yang telah ditetapkan. |
25 | Surah Ibrahim. Ayat 032. Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). |
26 | Surah AlWaqi'ah. Ayat 032. Serta buah-buahan yang banyak, |
27 | Surah AdDukhaan. Ayat 025. Banyak sungguh kebun-kebun dan mata air, mereka tinggalkan, |
28 | Surah AnNaba'. Ayat 016. Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya? |
29 | Surah AzZumar. Ayat 021. Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna. |
30 | Surah AlWaqi'ah. Ayat 053. Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, |