Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

11  
Surah Luqman. Ayat 026.

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dialah jua Yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

12  
Surah Ibrahim. Ayat 002.

Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit serta yang ada di bumi dan kecelakaan besar bagi orang-orang yang kufur ingkar (terhadap Al-Quran) dari azab yang amat berat (yang akan menimpa mereka kelak).

13  
Surah AnNisaa'. Ayat 131.

Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan demi sesungguhnya, Kami telah perintahkan orang-orang yang diberi Kitab dahulu daripada kamu dan juga (perintahkan) kamu, iaitu hendaklah bertakwa kepada Allah dan jika kamu kufur ingkar, maka (ketahuilah) sesungguhnya Allah jualah yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

14  
Surah ArRahman. Ayat 029.

Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!

15  
Surah AlHadid. Ayat 002.

Dialah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Dia menghidupkan dan mematikan dan Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

16  
Surah AlFurqaan. Ayat 002.

Tuhan yang menguasai pemerintahan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam pemerintahanNya dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.

17  
Surah AlFalaq. Ayat 001.

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada ( Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.

18  
Surah AlFurqaan. Ayat 006.

Katakanlah (Wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang mengetahui segala rahsia di langit dan di bumi; sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

19  
Surah Al'Ankabut. Ayat 022.

Dan kamu tidak akan dapat melepaskan diri (dari kekuasaan Allah) di bumi dan tidak juga di langit (sekalipun) dan kamu tidak akan mendapat sebarang pelindung dan penolong yang lain dari Allah.

20  
Surah AlAnbiyaa'. Ayat 004.

(Bagi menjawab mereka, Nabi Muhammad) berkata: Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (yang dilahirkan atau disembunyikan oleh makhluk-makhluk) di langit dan di bumi dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.