Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

11  
Surah AlFatihah. Ayat 004.

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

12  
Surah AlLail. Ayat 013.

Dan sesungguhnya Kamilah yang menguasai hari akhirat dan alam dunia.

13  
Surah AnNaba'. Ayat 019.

Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

14  
Surah AnNahl. Ayat 122.

Dan Kami telah memberikan kepadanya kebaikan di dunia dan sesungguhnya dia pada hari akhirat adalah dari orang-orang yang soleh.

15  
Surah AlBaqarah. Ayat 008.

Dan di antara manusia ada yang berkata: Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.

16  
Surah AzZumar. Ayat 026.

Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana) dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul).

17  
Surah AlQasas. Ayat 070.

Dan Dialah Allah tiada Tuhan melainkan Dia. Segala puji tertentu bagiNya, di dunia dan di akhirat dan hanyalah Dia yang berkuasa menghukum, serta kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

18  
Surah Taahaa. Ayat 074.

Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya Neraka Jahannam yang dia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup.

19  
Surah Yusuf. Ayat 057.

Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertakwa.

20  
Surah AnNahl. Ayat 107.

(Kekufuran mereka) yang demikian, ialah kerana mereka lebih mengutamakan kehidupan dunia daripada hari akhirat dan kerana Allah tidak memberi hidayat petunjuk yang menyampaikan kaum yang kufur ingkar (kepada kebahagiaan di akhirat).