Taburan Hasil Carian ayat Al-Quran dan Hadis Terjemahan
HASIL CARIAN BAGI AYAT PERTAMA DALAM SENARAI BERJAYA MENCAPAI 41 AYAT AL QURAN

31  
Surah AsySyu’araa. Ayat 205.

Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

32  
Surah AlQadr. Ayat 003.

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

33  
Surah Ali'Imran. Ayat 196.

Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

34  
Surah AlBaqarah. Ayat 147.

Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

35  
Surah AlMu’minun. Ayat 113.

Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung

36  
Surah AlMulk. Ayat 026.

Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata.

37  
Surah Ali'Imran. Ayat 060.

Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu.

38  
Surah AdzDzariyaat. Ayat 012.

Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu?

39  
Surah AlInfitar. Ayat 018.

Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?

40  
Surah Al'Ankabut. Ayat 053.

Dan mereka meminta kepadamu menyegerakan kedatangan azab (yang dijanjikan); dan kalau tidaklah kerana adanya tempoh yang telah ditetapkan, tentulah azab itu akan datang menimpa mereka dan azab itu tetap akan datang menimpa mereka secara mengejut, sedang mereka tidak menyedarinya.