1 | Surah Taahaa. Ayat 029. Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. |
2 | Surah AsySyu’araa. Ayat 170. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya (semuanya); |
3 | Surah Ali'Imran. Ayat 033. Sesungguhnya Allah telah memilih Nabi Adam dan Nabi Nuh dan juga keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran, melebihi segala umat (yang ada pada zaman mereka masing-masing). |
4 | Surah AsSaaffat. Ayat 076. Dan Kami telah selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari kesusahan yang besar. |
5 | Surah AlA’raaf. Ayat 083. Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah dia dari orang-orang yang dibinasakan. |
6 | Surah AsSaaffat. Ayat 134. (Ingatkanlah peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya semuanya, |
7 | Surah Maryam. Ayat 055. Dan adalah dia menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan dia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya! |
8 | Surah AlHijr. Ayat 059. Melainkan keluarga Nabi Lut; sesungguhnya kami akan menyelamatkan mereka semuanya, - |
9 | Surah AlMutaffifiin. Ayat 031. Dan apabila mereka kembali kepada kaum keluarganya, mereka kembali dengan riang gembira; |
10 | Surah AnNisaa'. Ayat 035. Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam pengetahuanNya. |