Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA aqiqah BERJAYA MENCAPAI 5 HADIS DARI KOLEKSI SUNAN AN-NASAI

1  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4066.
Dari Siba' ibnu Tsabit dari Ummu Kurz berkata: "Ketika aku datang kepada Rasulullah saw di Hudaibiyah untuk bertanya tentang aqiqah, maka beliau bersabda: "Aqiqah untuk anak laki-laki adalah dua ekor kambing, sedangkan aqiqah untuk anak perempuan adalah seekor kambing, baik itu kambing jantan ataupun kambing betina."

2  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4064.
Dari Atha' dan Thawus dan Mujahid dari Ummu Kurz, bahawasanya Rasulullah telah bersabda: "Aqiqah untuk anak laki-laki adalah dua ekor kambing yang telah cukup umurnya dan aqiqah untuk anak perempuan adalah seekpr kambing."

3  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4065.
Dari 'Atha' dari Habibah binti Maisarah dari Ummu Kurz, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: "Aqiqah untuk anak laki-laki adalah dua ekor kambing yang telah cukup umurnya, sedang aqiqah untuk anak perempuan adalah seekor kambing yang cukup umurnya."

4  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4069.
Dari Hasan dari Samurah ibnu Jundub, dari Rasulullah saw beliau bersabda: "Setiap anak itu tergadai, dan tebusannya adalah aqiqah untuknya yang disembelih pada hari ketujuh dari kelahirannya, pada hari itu juga hendaklah dicukur rambutnya, dan diberi nama."

5  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4067.
Dari Siba' ibnu Tsabit dari Ummu Kurz, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: "Aqiqah untuk anak laki-laki adalah dua ekor kambing, sedangkan untuk anak perempuan adalah seekpr kambing, baik itu kambing jantan ataupun kambing betina."