Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA jual beli BERJAYA MENCAPAI 82 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI

1  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1041.
Dari Ibnu Umar r.a., dari Rasulullah saw., bahawasanya beliau bersabda: "Apabila dua orang telah melakukan jual beli, maka tiap-tiap orang dari keduanya boleh khiyar selama mereka belum berpisah, dan keduanya masih berkumpul, atau salah satu dari keduanya telah memberi khiyar kepada yang lain, dan keduanya telah melakukan jual beli atas dasar khiyar itu, maka sesungguhnya jual beli itu haruslah dilakukan atas yang demikian. Jika keduanya telah berpisah sesudah melakukan jual beli, sedang yang satu lagi , belum meninggalkan (tempat) jual beli, maka jual beli itu harus berlaku demikian."

2  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1047.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw., orang banyak membeli makanan dari rombongan orang-orang berkenderaan. Nabi saw. mengirim utusan kepada mereka supaya melarang mereka menjual makanan di tempat mereka beli, sehingga mereka dipindahkan ke tempat menjual makanan. Kata Ibnu Umar, "Nabi saw. melarang menjual makanan yang dibeli, sebelum selesai (timbang terima) jual beli itu."

3  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1039.
Dari Ibnu Umar r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Sesungguhnya dua orang yang berjual beli boleh khiyar dalam jual beli mereka selama mereka belum berpisah, atau jual beli itu khiyar."

4  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1040.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Dua orang yang jual beli boleh khiyar selama keduanya belum berpisah, atau salah satu di antara keduanya mengatakan kepada yang lain, "pilihlah!" Dan boleh jadi juga beliau mengatakan, "Atau jual beli itu dengan khiyar." Kata Nafi' "Pernah Ibnu Umar apabila membeli sesuatu yang disenanginya, dia segera berpisah dengan penjualnya."

5  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1023.
Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Dua orang yang berjual beli boleh khiyar (memilih) selama keduanya belum berpisah, atau sehingga keduanya berpisah. Jika keduanya berlaku benar, baik dalam tindakan dan ucapan atau keterangan, maka jual beli keduanya diberkati (Allah). Dan jika kedua . . bersikap menyembunyikan dan dusta, keberkatan jual beli keduanya dihapus (sirna). "

6  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1083.
Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang jual beli Muzabanah. Yakni, menjual buah-buahan dalam kebun. Jikalau dalam kebun itu ada pohon kurma, ia menjualnya dengan kurma kering gantangan; jikalau dalam kebun itu ada anggur, maka dijualnya anggur kering gantangan, atau pun tanam-tanaman (lain), dijualnya dengan gantangan. Beliau melarang kesemuanya itu."

7  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1513.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Nabi s.a.w. bersabda: "Seorang laki-laki membeli sebidang tanah dan menemukan sebuah tempayan yang berisi emas dalam tanah itu. Katanya kepada si penjual: "Ambillah emasmu, kerana hanya tanah yang saya beli dari engkau dan saya tiada membeli emas". Kata yang punya tanah: "Tanah itu serta isinya telah saya jual kepada engkau". Keduanya lalu meminta putusan kepada seseorang. Kata orang itu: Adakah kamu berdua mempunyai anak? Seorang di antara mereka berkata: "Ya, saya mempunyai anak laki-laki". Kata yang seorang lagi: "Ya, saya mempunyai anak perempuan". Kata hakim tadi: "Kahwinkanlah anak perempuan itu dengan anak laki-laki ini dan belanjailah keduanya dari harta itu dan bersedekahlah.".

8  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1079.
Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Biasanya pada masa Rasulullah saw. orang banyak berjual beli buah-buahan, setelah tiba waktu memetik dan bayar membayar, si pembeli mengatakan: buah ini busuk, kena penyakit, layu dan macam-macam kerosakan yang mereka jadikan alasan. Ketika mereka bertengkar sudah demikian rupa, Nabi saw. bersabda: "Jika begitu, janganlah Tuan-tuan berjual beli sehingga telah nyata benar buah itu baik" Selaku orang yang suka bermesyuarat (demokrasi), beliau memimpinkan, hal itu kerana banyaknya terjadi pertikaian antara sesama mereka."

9  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1027.
Dan 'Aun bin Abu Juhaifah r.a., katanya: "Saya melihat bapa saya membeli seorang hamba sahaya yang pandai membekam, lalu saya bertanya kepada bapa. Jawab beliau, "Nabi saw. hanya melarang jual-beli anjing dan jual-beli darah kemudian beliau melarang pula mencacah dan dicacah, memakan riba dan memberi orang supaya memakannya, dan beliau mengutuk orang yang membuat patung."

10  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1123.
ari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Bilal datang kepada Nabi saw. membawa kurma Barni. Nabi saw. bertanya: "Dari mana ini?" Jawab Bilal, "Aku mempunyai kurma yang kurang bagus. Lalu ku jual dua gantang dengan segantang untuk dimakan Rasulullah saw." Sabda Nabi saw., "Wah, wah! Itulah riba! Itulah riba! Janganlah engkau lakukan lagi. Tetapi apabila engkau hendak membeli kurma yang bagus, juallah kurma yang kurang bagus secara jual beli, kemudian belilah kurma Barni."