Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA jual emas BERJAYA MENCAPAI 856 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH SUNAN ABU DAUD

841  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2444.
Dari Ibnu Syihab bahawa Abu Ubaid pembantu Abdurrahman bin Azhar mengkhabarkan padanya bahawa dia mendengar Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah saw bersabda: "Seseorang yang mencari kayu bakar dan memikulnya, kemudian menjualnya, maka hal itu lebih baik dari pada ia meminta-minta kepada orang lain hingga ia diberi atau ditolak."

842  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2355.
Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami 'Abdul-A'la, dari Muhammad bin Ishaq, dari Muhammad bin Yahya bin Habban, dia berkata: Dia adalah kakekku Munqidz bin 'Amr, seorang laki-laki yang pernah mengalami luka di kepalanya dan terputus lidahnya. Meskipun demikian dia tidak mahu meninggalkan perdagangan. Dan dia selalu saja kena tipu. Kemudian dia datang menemui Nabi saw. dan menceritakan hal itu padanya. Maka beliau berkata padanya: "Apabila engkau menjual (sesuatu), katakan: "Tidak ada tipuan." Kemudian engkau mempunyai khiyar atas setiap barang yang engkau beli selama tiga hari (tiga malam). Dan jika engkau telah rela, maka milikilah Dan jika engkau tidak suka, maka kembalikanlah barang tersebut kepada pemiliknya". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Muhammad bin Ishaq, dia seorang mudallis, meriwayatkan hadis ini dengan 'An'anah.

843  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2442.
Mewartakan kepada kami Suwaid bin Sa'id; mewartakan kepada kami Yahya bin Salim, dari Isma'il bin Umayyah, dari Sa'id bin Abu Sa'id Al-Maqburiy, dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah saw. bersabda: "Ada tiga golongan yang aku jadi musuh mereka pada hari kiamat. Sedangkan siapa yang aku jadi musuhnya, pasti aku akan mengalahkannya pada hari kiamat; 1. Seorang yang memberi (sesuatu) kerana aku, kemudian dia berkhianat. 2. Seorang yang menjual orang merdeka dan dia makan harganya. 3. Seorang yang mempekerjakan seorang buruh, dan buruh tersebut sudah memenuhi kewajibannya, tetapi dia tidak memenuhi upahnya".

844  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4490.
Dari Mujahid dari Ibnu Abbas ra berkata: "Rasulullah saw telah melarang menjual hasil rampasan perang sebelum dibahagi, melarang mengahwinkan binatang yang sedang bunting sebelum melahirkan anaknya, dan melarang memakan daging binatang buas yang bertaring."

845  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 1076.
Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: "Rasulullah saw. memberi kelonggaran kepada mereka yang mempunyai 'Ariyah, untuk menjualnya dengan kira-kira."

846  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4412.
Dari Sa'id ibnu Yasar dari Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: "Boleh menjual dinar dengan dinar, dirham dengan dirham, dengan syarat tidak boleh ada perbezaan berat antara keduanya."

847  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 4. Hadis Nombor 4413.
Dan Mujahid berkata: Umar ra berkata: "Boleh menjual dinar dengan dinar, dirham dengan dirham, dengan syarat tidak boleh ada perbezaan berat antara keduanya." Inilah pesan Rasulullah saw pada kita.

848  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1531.
Dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya : "Rasulullah saw. melarang menyewakan unta jantan untuk pembiakan, menjual air dan tanah untuk ditanami. Rasulullah saw. melarang melakukan yang demikian."

849  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2942.
Mewartakan kepada kami Muhammad bin Yahya; mewartakan kepada kami 'Abdurrazzaq; memberitakan kepada kami Ma'mar, dari Az-Zuhriy, dari 'Ahy bin Al-Husain, dari 'Amr bin 'Utsman, dari Usamah bin Zaid, dia berkata: Aku benanya: "Ya Rasulullah! Dimanakah engkau akan singgah besok?" Beliau menjawab: "Apakah 'Aqil meninggalkan rumah buat kita?" Kemudian beliau melanjutkan: "Besok kita singgah di Khaif Bani Kinanah (Yakni di Muhashshab) tempat orangorang Quraisy bersumpah setia diatas dasar kekufuran". Dan yang demikian itu kerana Bani Kinanah bersumpah setia kepada kaum Quraisy terhadap Bani Hasyim, untuk tidak mengadakan perkawinan dengan mereka dan tidak mengadakan jual-beli dengan mereka". Ma'mar berkata: Az-Zuhriy berkata: "Khaif adalah lembah".

850  
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 1316.
Muhammad bin Basyar menceritakan seperti hadis itu kepada kami, Ibnu Abi Adi menceritakan kepada kami Husain Al Muallim dari Amr bin Syuaib; Sesungguhnya ia mendengar Thawus bercerita dari Ibnu Umar dan Ibnu Abbas yang keduanya merafakkan hadis ini kepada Nabi saw. hadisnya Ibnu Abbas r.a. adalah hadis hasan sahih. Melaksanakan hadis ini menurut sebahagian ulama' dari sahabat-sahabat Nabi saw dan yang lainnya, mereka berkata: "Barangsiapa memberi sesuatu kepada sanak kerabatnya yang masih mahram, maka tidak boleh baginya meminta kembali hibahnya. Dan barangsiapa memberi sesuatu kepada yang bukan sanak kerabat dan bukan mahram, maka baginya boleh meminta kembali hibahnya selagi belum ditukar (dijual) inilah pendapat As Tsauri. Syafii berkata: Tidak halal (boleh) bagi seseorang yang memberi sesuatu kepada orang lain, kemudian meminta kembali pemberiannya, kecuali pemberian itu adalah pemberian orang tua kepada anaknya. Dia berdasar dengan hadisnya Abdullah bin Umar dari Nabi saw bersabda: "Tidak halal bagi seseorang yang memberi sesuatu kepada orang lain, kemudian ia meminta kembali pemberiannya, kecuali pemberian orang tua kepada anaknya.