11 | Surah Al‘Aadiyaat. Ayat 006. ![]() Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya. |
12 | Surah Faatir. Ayat 030. ![]() Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya). |
13 | Surah ArRahman. Ayat 060. ![]() Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga? |
14 | Surah AlQamar. Ayat 035. ![]() Sebagai limpah kurnia dari Kami. Demikianlah kami membalas orang-orang yang bersyukur. |
15 | Surah AlMursalat. Ayat 023. ![]() Serta Kami tentukan (keadaannya), maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan (tiap-tiap sesuatu)! |
16 | Surah Faatir. Ayat 034. ![]() Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); |
17 | Surah AlBaqarah. Ayat 152. ![]() Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). |
18 | Surah AlBaqarah. Ayat 172. ![]() Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. |
19 | Surah AlFajr. Ayat 024. ![]() Dia akan berkata: Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)! |
20 | Surah Yaasin. Ayat 035. ![]() Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur? |